Sorting by

×

PRN Melaka: PH dijangka umum calon sehari dua lagi

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

KOTA LAKSAMANA 4 Nov – Calon yang bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri Melaka akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Adly Zahari.

Pengerusi PH Melaka itu berkata, pihaknya kini dalam proses akhir menyaring calon yang layak sebelum memuktamadkannya sebelum hari penamaan calon pada 8 Nov.

“Calon belum kita muktamadkan lagi, sekarang ini dalam proses kita memuktamadkan senarai akhir calon PH.

“Semua parti sudah mengemukakan nama dan sebahagiannya hampir muktamadkan. Dan saya fikir selepas itu kita akan memuktamadkan dalam konteks Majlis Presiden PH, mungkin kita akan umumkan.

“Bila kita sudah ada muafakat, maka hari ini kita bicarakan tentang 28 calon PH itu, kita akan maklumkan dalam sehari dua, sebelum 8 Nov kita umum,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Pejabat DAP Melaka, di sini hari ini.

Jelasnya, PH akan bertanding di keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Melaka 20 Nov ini.

“Jumlah kerusi kita pertandingan secara keseluruhan dalam konteks PH itu 28, sebab dalam PH sebenarnya kita tidak memberikan tumpuan hanya semata-mata siapa parti yang lebih, siapa parti yang kurang.

“Jumlah pembahagian sudah dimuktamadkan iaitu DAP (8), Amanah (9) dan PKR (11).

“Macam saya sebut…apabila kita mahu memuktamadkan ini, kita sudah selesai pembahagian kerusi, sekarang adalah proses calon yang kita akan muktamadkan dalam sehari dua ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

481
Kongsi :
Previous post Taman Kasa Height perintis ‘Taman Sifar Sampah’
Next post BN akan umum tawaran baharu buat rakyat Melaka
Ubah saiz-+=