Sorting by

×

PRN Melaka, permulaan kebangkitan UMNO-BN – Najib Razak

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

TABOH NANING 8 April – Kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Nov lalu menjadi permulaan buat UMNO dan Barisan Nasional (BN) bangkit semula serta kembali bersinar diperingkat nasional.

Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kemenangan besar itu turut membuka peluang kepada BN menjadi ‘game changer’ kepada landskap politik negara.

Beliau berkata, momentum kebangkitan diteruskan pada PRN Johor juga menunjukkan BN mampu menang besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Tahniah kepada UMNO di atas kejayaan dalam PRN yang lalu dan kejayaan ini signifikan dengan usaha yang diberikan.

“Sebelum PRN Melaka ada yang beranggapan bahawa BN tak mungkin menang besar, bagaimanapun kejayaan kita hari ini membuatkan majoriti rakyat sudah beranggapan bahawa seandainya ada PRU akan datang BN akan kembali semula menawan negara.

“Kesimpulannya, PRN Melaka yang lalu telah menjadi pemangkin ataupun ‘game changer’ kepada landskap politik tanah air,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Kepimpinan UMNO Bahagian Masjid Tanah Bersama DUN Taboh Naning di JAPERUN Taboh Naning, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri merangkap Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum, ADUN Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin serta tetamu lain.

Dalam kesempatan itu, Mohd Najib sempat menyatakan penghargaannya kepada seluruh kepimpinan parti itu dan rakyat yang memilih BN dalam PRN Melaka lalu.

“Rasa rindu saya dengan orang Melaka masih belum pudar, saya ucapkan terima kasih kepada semua kepimpinan parti dan rakyat Melaka sendiri di atas kemenangan besar yang dikecapi negeri ini.

“Alhamdulillah, dalam kesempatan Ramadan ini akhirnya saya mampu bertemu dan bermesra dengan kepimpinan UMNO serta rakyat Melaka sendiri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

779
Kongsi :
Previous post Persekutuan Pekilang mahu peranan PEMUDAH diperkasa peringkat negeri
Next post 120 warga Alor Gajah terima sumbangan Ramadan
Ubah saiz-+=