
PRN Melaka: MKT belum capai keputusan muktamad
KUALA LUMPUR 14 Okt. – “Belum ada keputusan dicapai, kita akan mesyuarat sekali lagi,” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Beliau ditanya mengenai keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang bersidang kira-kira satu jam setengah di Menara Dato’ Onn, World Trade Centre di sini.
Ab Rauf berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) menjadi fokus utama mesyuarat berkenaan, namun keputusan sama ada parti itu menjalin kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS masih belum dimuktamadkan.
Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mesyuarat majlis berkenaan tidak mencapai sebarang keputusan mengenai PRN Melaka selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan 4 Oktober lalu.
Katanya, majlis berkenaan menunggu pengumuman dan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Isnin ini.
“MKT bincang mengenai PRN Melaka, kena tunggu keputusan SPR,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BAYI LELAKI LIMA BULAN MENINGGAL DUNIA DI BAWAH JAGAAN PENGASUH
ISKANDAR PUTERI 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan polis mengenai kejadian seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan...
POLIS JOHOR TERIMA LAPORAN KES GADUH DI LALUAN MASUK BSI
JOHOR BAHRU 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan antara dua lelaki, seperti yang tular dalam...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAIKAN SAUDARA BAHARU
AYER KEROH 10 April - Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mualaf Negeri Melaka dijadualkan pada 19 April depan bakal menghimpunkan...
EJEN HARTANAH MENINGGAL DUNIA DALAM SUV
AYER KEROH 10 April - Seorang ejen hartanah ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 miliknya...
KES BULI MRSM: POLIS SELESAI REKOD KETERANGAN TUJUH PELAJAR
NIBONG TEBAL 10 April - Polis merekodkan keterangan dua lagi pelajar sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, bagi...
DUA MAUT, SEORANG PARAH DALAM KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI KUCHING
KUCHING 10 April - Dua lelaki maut manakala seorang remaja perempuan parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tun...