Sorting by

×

PRN Melaka jadi contoh pilihan raya akan datang

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

MASJID TANAH 6 Okt. – Kaedah dan prosedur operasi standard (SOP) diguna pakai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan menjadi contoh untuk pilihan raya akan datang dalam tempoh pandemik COVID-19, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata, pelbagai penambahan perlu dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin.

“Kaedah yang akan diperkenalkan MKN bagi PRN Melaka boleh dijadikan rujukan dalam pilihan raya termasuklah Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijalankan dalam suasana pandemik COVID-19.

“Apa jua kaedah dan prosedur operasi standard (SOP) yang akan diputuskan kerajaan kita akan terima sama ada secara maya, bersemuka atau kaedah pengundian lain untuk menjalankan PRN.

“Saya meletakkan harapan tinggi kepada SPR dan MKN supaya kaedah yang terbaik boleh digunakan dalam PRN Melaka yang boleh diguna pakai pada PRU yang akan datang,” katanya pada sidang media di rumahnya malam tadi.

Dalam pada itu, beliau menempelak bantahan DAP yang menolak PRN setelah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana ia adalah keputusan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

“Perkara yang diumumkan itu berlandaskan kepada perundangan negeri dan keputusan Tun Mohd Ali.

“Mereka perlu lihat perlembagaan kerana urusan pembubaran DUN ditugaskan kepada Speaker dan ini samalah seperti pada peringkat Dewan Rakyat,” katanya.

Semalam, Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) menolak PRN diadakan selepas pembubaran DUN Melaka.

Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan CEC, Khoo Poay Tiong berkata, pelaksanaan PRN akan menjejaskan proses pemulihan negara dalam menangani COVID-19.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

643
Kongsi :
Previous post Sulaiman hadir sidang khas COVID-19 secara maya
Next post Tiada masalah syarikat swasta tawar khidmat Internet melalui satelit- Zahidi
Ubah saiz-+=