
PRN Melaka: Calon BN mula hadir ke WTC
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Beberapa calon yang bakal diumumkan mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mula menghadirkan diri ke Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Sejak jam 9 pagi lagi beberapa nama yang disebut-sebut bakal dicalonkan mula tiba di perkarangan bangunan dengan berpakaian korporat serba biru bagi menghadiri majlis pengumuman calon.
Antara yang kelihatan, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang tiba kira-kira jam 9.15 pagi tadi.
Malah, turut terlihat kelibat Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang tiba ke majlis ini.
Kesemua calon yang hadir pagi ini diarahkan menghadirkan diri ke bilik mesyuarat disediakan di bangunan itu.
Pengumuman calon secara rasmi akan disiarkan secara maya sekitar jam 10 pagi ini bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...