PRN Melaka: 86 peratus pengundi awal selesai tunai kewajipan setakat jam 4 petang
Masa Membaca:24 Saat
AYER KEROH 16 Nov – Sebanyak 86 peratus daripada 11,557 yang layak mengundi awal sudah menunaikan kewajipan masing-masing setakat jam 4 petang tadi, kata Suruhanjaya Pilihan Raya.
Laporan itu dimaklumkan pasukan Sistem Peratus Pengundi Keluar Mengundi (SPEKMu) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Sebanyak 24 pusat pengundian awal telah dibuka di seluruh negeri sepanjang hari ini.
Pusat pengundian awal itu dibuka bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
567