Sorting by

×

PRN Melaka: 11 peratus keluar mengundi awal setakat 9 pagi

Masa Membaca:53 Saat

AYER KEROH 16 Nov – Sebanyak 11 peratus daripada 11,557 yang layak mengundi awal sudah menunaikan kewajipan masing-masing setakat jam 9 pagi tadi, menurut laporan pasukan Sistem Peratus Pengundi Keluar Mengundi (SPEKMu) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Jumlah itu dijangka akan terus meningkat menjelang tengah hari memandangkan rata-rata anggota dan pegawai tentera serta polis dilihat turun menunaikan kewajipan masing-masing berdasarkan tinjauan Melaka Hari Ini di beberapa lokasi.

Bagi pengundian awal, Suruhanjaya Pilihan Raya telah membuka sebanyak 24 pusat pengundian awal di seluruh negeri.

Pusat pengundian awal itu dibuka bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang, hari ini.

Proses pengundian awal akan menyaksikan prosedur operasi standard (SOP) ketat dikuatkuasakan SPR bagi mematuhi garis panduan pencegahan COVID-19 di bawah pelan pemulihan negara kerana situasi pandemik yang masih belum terkawal sepenuhnya.

Penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, penggunaan pensanitasi tangan, saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran akan dilaksanakan di pusat-pusat pengundian tersebut selain perlu mengimbas kod respons pantas (QR) MySejahtera sebelum dibenarkan masuk mengundi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

668
Kongsi :
Previous post BN tepis fitnah lantik KM sementara
Next post Sulaiman lawat proses pengundian awal di DUN Lendu
Ubah saiz-+=