PRN Johor: Timbalan Pengerusi Amanah Johor berdepan lima penjuru di DUN Kota Iskandar

Masa Membaca:55 Saat

JOHOR BAHRU, 26 Feb – Timbalan Pengerusi Amanah Johor dan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar Dzulkelfy Ahmad daripada Pakatan Harapan berdepan saingan empat calon lain untuk mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya negeri Johor.

Beliau yang meraih kemenangan selesa dengan majoriti 14,543 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 empat tahun lepas, berdepan Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO Johor Pandak Ahmad yang diketengahkan Barisan Nasional (BN) sebagai calon mereka untuk kerusi itu.

Tiga calon lain yang turut bersaing bagi kerusi itu ialah Samsudin Ismail (Perikatan Nasional), Dr Zaini Abu Bakar daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan R. Arangkannal daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Pengumuman pencalonan itu dibuat Pengawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Haffiz Ahmad pada 11 pagi.

Proses penamaan calon DUN Kota Iskandar itu berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri yang bermula 9 pagi berjalan dengan lancar dengan semua calon, pencadang dan penyokong mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 12 Mac manakala undi awal akan diadakan pada 8 Mac. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

891
Kongsi :
Previous post Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan Terengganu
Next post PRN Johor: 239 calon layak bertanding
Ubah saiz-+=