Sorting by

×

PRN JOHOR: Skim ‘rent-to-own’ beri manfaat golongan muda milik rumah

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BANDARAYA MELAKA 10 Mac- Pelaksanaan Skim ‘rent-to-own’ atau sewa untuk dimiliki akan memberikan manfaat dan faedah yang besar buat golongan belia yang ingin memiliki rumah di Johor.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Rais Yasin berkata perkara itu bukan sahaja janji manis malah sekiranya ia terlaksana, skim itu akan diguna pakai di negeri-negeri lain.

Katanya, dengan slogan ‘Ikhtiar BN Johor’, beliau turut menyeru untuk bangsa Johor yang akan keluar membuang undi pada hari Sabtu ini untuk memilih Barisan Nasional (BN) demi mendapatkan kestabilan buat negeri itu.

RAIS

“Ikhtiar BN Johor ini bukan sahaja untuk orang muda malahan buat semua golongan dan lapisan usia.

“Saya berpandangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini memang sinonim seperti PRN Melaka, di mana kita lihat ramai muka baharu diketengahkan untuk mencapai kestabilan.

“Melaka merupakan contoh dan bukti di mana pentingnya kestabilan, kemakmuran dalam pentadbiran, sekiranya ia dapat dicapai di Johor, ia akan membawa lebih banyak kemajuan dapat dicapai,” katanya ketika ditemui.

Mengulas lanjut, Rais turut menyeru bangsa Johor dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin atau N44 untuk memilih Mohd Hairi Mad Shah dalam PRN Johor ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

887
Kongsi :
Previous post Mangsa banjir Johor harap air surut sebelum PRN Sabtu ini, agar dapat mengundi
Next post Banci 2020, pindaan Perkara 119, antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-258
Ubah saiz-+=