
PRN Johor: Proses pengundian berjalan lancar – Polis
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya juga tidak menerima laporanĀ sama ada berhubungĀ kekecohan atau pergaduhan terjadi di pusat mengundi.
āProses mengundi di tempat mengundiĀ berjalan dengan lancar,Ā tiada jugaĀ (laporan) kejadian pergaduhan atau kekecohan diterima,ā katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
BeliauĀ berkata secara keseluruhan seramai 11,000 pegawai dan anggota polis ditugaskan untuk mengawal keselamatan dan memantau kelancaran proses mengundi di pusat-pusat mengundi.
Kamarul Zaman berkata beliauĀ telah meninjau proses pengundian di Sekolah Kebangsaan IJ Convent, di sini pagi tadi.
Beliau berkataĀ aliran trafik di lebuh raya juga berjalan lancar tanpa berlakuĀ kesesakanĀ berikutan pegawai dan anggota trafik sentiasa mengawal lalu lintas.
āAliran trafik di lebuh raya berjalan lancar, namun ada jalan di kawasan Tiram yang agak perlahan sedikitĀ kerana awal pagi (orang keluar mengundi), tetapi selepas itu lancar,ā katanya.
Sebanyak 1,021 pusat mengundi dibuka untuk proses pengundian hari ini dan setakat pukul 3 petang, Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan sebanyak 46 peratus pengundi telah keluar mengundi.
SeramaiĀ 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar layak untuk menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.
PRN Johor kali ini menyaksikan seramai 239 calon daripada 15 parti politik bertanding. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.