
PRN Johor: BN komited pacu Johor kembali jadi peneraju utama ekonomi negara
JOHOR BAHRU, 1 Mac – Barisan Nasional (BN) komited mengembalikan Johor sebagai peneraju utama pertumbuhan ekonomi negara sekiranya diberi mandat pada pilihan raya negeri nanti.
Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad berkata BN tekad untuk memperkukuhkan kekuatan setiap daerah, meningkatkan daya saing sektor-sektor perniagaan selain mewujudkan kawasan pertumbuhan baharu.
Beliau berkata BN turut berhasrat memajukan Pelabuhan Batu Pahat, mewujudkan projek berasakan gas dan perkapalan di Muar, melonjakkan Muar sebagai Bandar Perabot Malaysia serta membangunkan Mersing sebagai pengeluar produk pertanian yang penting negara.
“Kekuatan ekonomi tempatan daerah-daerah telah dikenal pasti, ia hanya perlu menunggu mandat baru rakyat untuk kita laksanakan,” katanya kepada sidang media selepas melancarkan Ikhtiar BN Johor di sini hari ini.
Hasni yang juga Menteri Besar Johor berkata pembangunan ekonomi di negeri itu telah sedikit terencat berikutan pandemik COVID-19, ketidakstabilan politik negara serta ketidaktentuan ekonomi dunia, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan rakyat. -BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...