
PRN atau darurat?
TIDAK dapat tidak, tumpuan rakyat kini pada polemik politik hingga tumbangnya kerajaan Negeri Melaka pimpinan ‘Tok Leman’ yang berusia 19 bulan.
Mungkin, persoalan yang berlegar kalangan rakyat sama ada pilihan raya negeri (PRN) diteruskan atau darurat diisytiharkan selepas DUN Melaka dibubarkan 4 Okt lalu.
Ramai kata PRN wajar ditangguhkan sebab pandemik COVID-19 dan mahu perkara itu dipandang serius oleh kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Datuk Seri Mohamad Hasan selaku Pengarah Pilihan Raya UMNO juga senada dan melontarkan persoalan adakah PRN lebih penting daripada kesihatan rakyat?
Jika ada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang untuk menangguhkan PRN, ia wajar digunakan, katanya.
Mat juga baca banyak pandangan menyokong PRN bagi memberi mandat semula kepada rakyat menentukan penyelesaian polemik politik secara demokratik.
Setakat ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Kabinet akan buat keputusan dalam masa terdekat.
Jadi Mat harap Kabinet membuat keputusan yang memberi kelegaan buat rakyat Melaka dan umumnya rakyat Malaysia yang berkira-kira untuk balik kampung.
Dak Mat: ‘Nasi sudah menjadi bubur
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TUJUH TERNAKAN DILELONG JIKA TIDAK DITUNTUT – MPAG
ALOR GAJAH 15 Mac – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menangkap tujuh ekor ternakan dikesan berkeliaran sekitar Taman Datuk Setia,...
MCMC FOKUS PERANGI ISU PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL
MACHAP JAYA 15 Mac - Isu penyalahgunaan media sosial seperti membuat hantaran jelik berkaitan isu 3R (Race, Religion dan Royalty)...
TANDA KASIH DAN SAYANG MPHTJ
AYER KEROH 15 Mac - Seramai 120 anak yatim dan asnaf di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
225 PENIAGA TAWAR MENU RAHMAH DI BAZAR RAMADAN MELAKA
DUYONG 15 Mac - Seramai 225 peniaga secara sukarela mendaftar dan menawarkan menu bawah RM5 di tiga Bazar Ramadan RAHMAH...
HANYA 30 PERATUS RAKYAT MELAKA SELESA BERBELANJA CARA DIGITAL
DUYONG 15 Mac - Kerajaan Negeri akan terus memperkasa penggunaan transaksi digital tanpa tunai dalam kalangan pengguna Pasar Ramadan seluruh...
112 ORANG MELAKA DITIPU ‘SCAMMER’, BABIT KERUGIAN RM1.032 JUTA
MACHAP JAYA 15 Mac - Belum cukup tiga bulan sejak tahun 2025 membuka tirai, seramai 112 rakyat Melaka telah menjadi...