
PRK Batu Sapi akan diadakan bagi isi kekosongan penyandangnya – SPR
KUALA LUMPUR 6 Okt. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Kong pada 2 Okt lepas.
Menurut SPR, pelaksanaan PRK itu selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan.
“SPR mendapat notis kekosongan luar jangka kerusi parlimen tersebut daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun hari ini. Justeru itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada Selasa, 13 Okt ini,” demikian menurut SPR dalam kenyataan hari ini.
Mesyuarat khas yang dijadualkan pada 10 pagi di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRK seperti writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain bagi PRK tersebut
– BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...