Prihatin nasib mangsa banjir, Ketua Menteri hantar kit makanan

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

TANJUNG BIDARA 12 Ogos – Nasib mangsa banjir di Masjid Tanah terus mendapat perhatian Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Selain mengadakan lawatan ke beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS), beliau turut menyumbangkan 200 kit makanan serta pek karton air mineral bagi keperluan mangsa yang terjejas.

Menurut Ketua Menteri, pemberian kit makanan itu sudah mula diagihkan mengikut isi rumah yang ditempatkan di PPS Balai Raya Ayer Paabas, JAPERUN Ayer Limau, Balai Raya Paya Lebar, JAPERUN Kuala Linggi, dan Balai Raya Kampung Jeram.

Img 7460
SENYUMAN terukir di raut wajah penerima sumbangan kit makanan. Foto Pejabat Ketua Menteri

“Besar harapan saya agar sumbangan ini dapat memberi kelegaan dan memenuhi keperluan asas buat seisi keluarga.

“Sama-samalah kita bersabar dengan dugaan yang mencabar ini,” katanya.

Sumbangan tersebut telah disampaikan Setiausaha Sulit beliau, Muhammad Izzuddin Abd Rahman kakitangan di Pejabat Ketua Menteri dan JAPERUN Tanjung Bidara, selain dibantu juga Pemuda UMNO Melaka.

Img 7477
KIT makanan yang dihantar kepada mangsa-mangsa banjir. Foto Pejabat Ketua Menteri

Terdahulu, pada sebelah pagi, Ab Rauf bersama kepimpinan negeri telah menyantuni mangsa banjir di PPS JAPERUN Kuala Linggi, PPS Paya Lebar dan PPS Ayer Limau.

Dalam lawatan itu, beliau telah diberikan taklimat oleh wakil-wakil jabatan, agensi keselamatan dan penyelaras bantuan untuk memastikan bantuan kepada mangsa banjir disegerakan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

97
Kongsi :
Previous post ‘Tiada ajaran sesat baharu dikesan di Melaka’
Next post RTB Alor Gajah atasi banjir masa akan datang
Ubah saiz-+=