
Prestasi Ragbi Melaka semakin baik
AYER KEROH 23 Ogos – Pasukan ragbi Melaka berjaya menunjukkan peningkatan memberangsangkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak, tahun ini.
Walaupun tidak diletakkan sebagai pasukan pilihan, namun skuad lelaki dan wanita Melaka membuktikan mereka mampu memberi saingan hebat kepada negeri-negeri lain sehingga berjaya mara ke suku akhir.
Walaupun tidak menepati sasaran untuk sampai ke kelompok empat terbaik, namun pencapaian pasukan ragbi pada temasya kali ini tetap membanggakan apabila mengakhiri saingan di tempat ketujuh dan keenam bagi pasukan lelaki dan wanita.

Menurut Melaka Rugby dalam satu kenyataan, pencapaian itu tetap membanggakan kerana ia menunjukkan peningkatan berbanding temasya SUKMA edisi lalu.
“Jutaan terima kasih kepada Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer selaku Presiden Persatuan Ragbi Melaka yang juga bapa angkat sukan ini pada temasya SUKMA XXI Sarawak.
“Terima kasih juga buat semua pengurusan Melaka Rugby serta jurulatih dan pemain Melaka,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA PANTAU INFRASTRUKTUR AWAM SEPANJANG AIDILFITRI
LENDU 19 Mac - Kerajaan Negeri akan memastikan setiap infrastruktur awam dipantau serta diselenggara sepanjang perayaan Aidilfitri nanti. Timbalan Exco...
PEMBAYAR ZAKAT FITRAH RM15, RM22 MENINGKAT
PENGKALAN BATU 19 Mac - Jumlah pembayar zakat fitrah bagi pengguna beras Super Import dan basmati di negeri ini menunjukkan...
MELAKA TERUSKAN TRADISI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DI 28 DUN
AYER KEROH 19 Mac - Penganjuran rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di kesemua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) tetap diteruskan...
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PRODUK PELANCONGAN BAHARU
AYER KEROH 18 Mac - Beberapa produk pelancongan baharu bakal memeriahkan sektor pelancongan negeri Melaka bersempena negeri ini bagi menggamit...
LEBIH 2,000 PENJAWAT AWAM MELAKA DIRAI PADA MAJLIS IHYA RAMADAN
AYER KEROH 18 Mac - Lebih 2,000 penjawat awam di negeri ini diraikan dalam Majlis Sambutan Ihya Ramadan Penjawat Awam...
SENTIASA PANTAU, SELENGGARA LONGKANG DIPENUHI SAMPAH
AYER KEROH 18 Mac - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Jabatan Pengairan Saliran dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan...