
Presiden UMW meninggal dunia
KUALA LUMPUR 1 Jun — Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Bhd, Badrul Feisal Abdul Rahim meninggal dunia akibat serangan jantung semalam.
Beliau berusia 51 tahun.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, katanya Allahyarham Badrul menyertai UMW pada 1 Okt, 2015 dan telah menyumbang kepada kejayaan syarikat dalam projek mewujudkan nilai utama dalam pelbagai bahagian perniagaan.
Ini termasuk menjadikan UMW sebagai syarikat pertama Malaysia menjadi pengeluar komponen enjin aeroangkasa Peringkat 1 kepada Rolls-Royce Plc, dan kumpulan itu terus memulakan perjalanan transformasinya untuk membawa kumpulan tersebut ke tahap baharu.
“Badrul terus menunjukkan nilai-nilai yang tinggi dalam perniagaan, tadbir urus dan integriti yang tiada gantinya sepanjang perkhidmatan, hubungan peribadi dan kepimpinan beliau yang cemerlang. Kami amat sedih dengan pemergiannya,” katanya.
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
REALISASI IMPIAN ANAK MUDA LEBARKAN PERNIAGAAN BAULU MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 1 April - Bantuan peralatan membuat kuih antara yang akan diusahakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya,...
PENIAGA BAZAR IKONIK BANDA HILIR UCAP TERIMA KASIH KEPADA KETUA MENTERI
BANDA HILIR 31 Mac - Meskipun keputusan Kerajaan Negeri memindahkan tapak penganjuran Bazar Aidilfitri Jalan Hang Tuah ke Banda Hilir...
MANTAI AIDILFITRI DUYONG MERIAH, PELBAGAI BARANGAN DIJUAL MURAH
DUYONG 29 Mac - Seawal jam 6.30 pagi, orang ramai telah memenuhi tapak parkir Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah, di...
TREND BELI ‘ONLINE’ TIDAK JEJAS PENIAGA BAZAR KLEBANG
KLEBANG 19 Mac - Walaupun trend pembelian dalam talian yang kini menjadi kegilaan rakyat Malaysia, namun ia tidak menjejaskan peniaga...
KETUA MENTERI SINGGAH BAZAR RAMADAN ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 17 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, sempat singgah untuk meninjau sendiri kemeriahan suasana...
BAZAR RAMADAN DI MELAKA ANTARA YANG TERBAIK DI MALAYSIA
KLEBANG 17 Mac - Tiga bazar Ramadan di Negeri Melaka berjaya menempatkan diri sebagai antara bazar terbaik di Malaysia oleh...