Presiden Ukraine: 100,000 orang dipindahkan ke tempat selamat sejak dua hari lepas

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

KYIV, 11 Mac – Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Khamis berkata sekitar 100,000 rakyatnya berjaya dipindahkan ke lokasi selamat sejak dua hari lepas.

“Kami memindahkan lebih 40,000 orang pada siang hari dan hampir 100,000 orang dalam masa dua hari,” kata Zelenskyy menerusi video di Telegram, sambil berkata pihaknya telah mewujudkan koridor kemanusiaan di bandar Sumy, Trostyanets, Krasnopillya, Irpin, Bucha, Hostomel dan Izyum.

Beliau turut mengarahkan penghantaran konvoi trak makanan dan ubat-ubatan ke Mariupol, meskipun tentera Rusia terus menerus melepaskan tembakan.

Menafikan dakwaan bahawa tentera Ukraine siap siaga menggunakan senjata kimia, beliau berkata: “Rusia cuba menutup jenayah yang dilakukannya di Ukraine dengan propaganda. Ia sangat membimbangkan.”

“Jika anda ingin mengetahui rancangan Rusia, anda harus melihat tuduhan yang dilemparkan terhadap orang lain. Kami telah memastikan perkara ini tidak berulang kali,” Agensi Anadolu memetik Zelenskyy sebagai berkata.

Sekurang-kurangnya 549 orang awam terbunuh dan 957 lagi cedera di Ukraine sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan, menurut angka dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bagaimanapun, badan antarabangsa itu menegaskan bahawa situasi semasa menjadikannya “sukar untuk mengesahkan” jumlah sebenar korban.

Sementara itu, lebih 2.3 juta orang telah melarikan diri ke negara jiran, kata agensi pelarian PBB.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

930
Kongsi :
Previous post Hospital Putra tawar rebat 5 peratus untuk anak Melaka
Next post Runtuhan kuari : Bomba guna anjing pengesan cari dua mangsa tertimbus
Ubah saiz-+=