
Premis swasta wajib semak status MySejahtera pengunjung
PUTRAJAYA 22 Mei – Pihak swasta diwajibkan untuk membuat semakan status MySejahtera terhadap pekerja dan pengunjung sebelum dibenarkan memasuki premis bermula Selasa ini.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan meletakkan tanggungjawab itu kepada pihak swasta bagi memastikan penularan tidak merebak dalam kalangan komuniti yang memasuki premis termasuk pasar raya dan kedai perniagaan.
Katanya, prosedur operasi standard (SOP) tambahan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 turut menetapkan jumlah pengunjung dalam premis dihadkan.
“Turut diperketatkan pemeriksaan premis kerajaan dan swasta secara agresif oleh pihak agensi penguat kuasa dan pemeriksaan secara bersepadu bagi meningkatkan keberkesanan dalam penguatkuasaan.
“Semua agensi penguat kuasa yang mempunyai kuasa kompaun perlu melaksanakan pemantauan dan pematuhan SOP di tempat awam atau tempat yang berkaitan dengan tugas mereka.
“Selain itu, pasukan keselamatan perlu mempertingkatkan pengoperasian operasi pada hari cuti umum atau cuti hujung minggu dan tidak bertumpu kepada hari bekerja sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media harian bersama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Noor Hisham Abdullah hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUA MAUT, SEORANG PARAH DALAM KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI KUCHING
KUCHING 10 April - Dua lelaki maut manakala seorang remaja perempuan parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tun...
LELAKI MENYAMAR PETUGAS MEDIA ANTARA 32 PENDATANG TANPA IZIN DITAHAN IMIGRESEN
KUALA LUMPUR 10 April - Cubaan terdesak seorang lelaki menyamar dan "bergaul" dalam kalangan petugas media dan penguat kuasa untuk...
MPHTJ SITA KERUSI, MEJA HALANG LALUAN AWAM
DURIAN TUNGGAL 10 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menjalankan operasi sitaan melibatkan dua premis berhampiran Bulatan Gangsa...
TRANSFORMASI TAMAN EKSTREM TASIK CHINCHIN SEBAGAI LOKASI RIADAH PILIHAN
RIM 10 April - Usaha untuk menjadikan Taman Ekstrem Tasik ChinChin sebagai lokasi riadah dan rekreasi pilihan utama dalam Dewan...
MALAYSIA ALU-ALUKAN PENANGGUHAN SEMENTARA TARIF LEBIH TINGGI AS – TENGKU ZAFRUL
KUALA LUMPUR 10 April - Malaysia mengalu-alukan langkah Amerika Syarikat (AS) untuk menangguhkan sementara tarif lebih tinggi ke atas banyak rakan...
JOM MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI TELOK MAS, SABTU INI
TELOK MAS 10 April - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman menjemput seluruh...