PREMIS KOTOR, MBMB KELUAR TIGA NOTIS
BANDARAYA MELAKA 13 Oktober – Tiga notis pemberitahuan kesalahan dikeluarkan terhadap premis yang didapati tidak menjaga kebersihan di sekitar Bandaraya Melaka.
Notis itu dikeluarkan menerusi Operasi Bebas Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di bawah Seksyen 47(1) (a), Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 bernilai RM1,500 kepada premis terlibat.
Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, sebagai sebuah negeri pelancongan, kebersihan premis perlu menjadi fokus utama setiap premis perniagaan.
“Program ‘Litter Picking/ Plogging’, Bandaraya Ekosistem Bersih Aspirasi Semua (BEBAS) ini dijalankan di sekitar Taman Melaka Raya sehingga ke persimpangan Hotel Equatorial melalui Jalan Parameswara.
“Sepanjang program ini berjalan kita dapati ada premis yang tidak menjaga kebersihan dan notis pemberitahuan kesalahan telah dikeluarkan kepada pemilik premis,” katanya.
Pada program itu anggota yang terlibat adalah dari Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB bersama 10 individu sukarelawan bebas.
Operasi berkenaan telah diketuai sendiri oleh Shadan bagi meninjau kawasan-kawasan yang perlu ditambah baik dari segi kebersihan, keceriaan dan sebagainya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
LORI MENGUNDUR SEBABKAN KEMATIAN PENUNGGANG MOTOSIKAL, PEMANDU LORI DITAHAN
KUALA LUMPUR 24 November - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori...
BANJIR DI TERENGGANU, MELAKA DAN JOHOR TIDAK BANYAK PERUBAHAN, MANGSA DI KELANTAN MENINGKAT
KUALA LUMPUR 24 November - Situasi banjir di Terengganu, Melaka dan Johor tidak menunjukkan banyak perubahan, manakala jumlah penduduk terjejas...
GENG RXZ BOLEH BERGAMBAR DI 6 LOKASI ‘INSTAWORTHY’ SEKITAR JASIN – MPJ
JASIN 24 November - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyediakan enam lokasi 'instaworthy' untuk peserta RXZ Members Ride Edition Melaka Chapter...
SEMAKIN RAMAI AMAL KITAR SEMULA DI MELAKA
PAYA RUMPUT 24 November - Hampir 45 tan jumlah barangan kitar semula di Pusat Pandu Lalu KITARecycle (PPLK) di Taman...
SUNGAI RAMBAI DAPAT KLINIK KESIHATAN BAHARU
SUNGAI RAMBAI 24 November - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai bakal menerima klinik kesihatan baharu yang akan menggantikan...
MELAKA AKAN PERKENAL JALAN ‘BYPASS’ KE BANDA HILIR
AYER KEROH 24 November - Satu laluan 'bypass' baharu akan diperkenalkan Kerajaan Negeri bagi memudahkan akses orang ramai ke Banda...