Sorting by

×

Prebet Adam meninggal dunia

Masa Membaca:58 Saat

GEORGE TOWN 31 Mac – Adam Jaafar atau lebih dikenali sebagai Prebet Adam dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) semalam, akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Menurut adiknya, Hawa, 56, Adam meninggal dunia pada usia 57 tahun, kira-kira 9 pagi semalam ketika menerima rawatan di HPP dan jenazah telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Datuk Keramat selepas solat Zohor.

“Sebelum ini abang memang tiada sakit apa-apa, Allahyarham sihat sahaja cuma kadang-kadang demam, itu biasalah…cuma minggu lalu dia masuk hospital dan pemeriksaan doktor kata ada jangkitan kuman pada paru-paru,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Hawa berkata Adam, anak sulung daripada lapan beradik, adalah seorang abang yang sentiasa mengambil berat tentang adik-beradik lain dan mereka sekeluarga merasa sedih dengan pemergian abangnya itu.

Adam pernah menggemparkan negara selepas mengamuk di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada Oktober 1987 dan dalam kejadian itu, seorang lelaki terbunuh akibat terkena tembakan rambang.

Adam yang berumur 26 tahun ketika kejadian, terlepas daripada hukuman mati dan dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan selama 10 tahun kerana disahkan tidak siuman ketika melakukan kesalahan berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1190
Kongsi :
Previous post Wujudkan pakej pelancongan berkaitan penyu
Next post Pengangkutan udara sokong gelembung perjalanan Melaka-Terengganu
Ubah saiz-+=