Sorting by

×

PPSPM TAMBAH DUA LOKASI BAHARU ‘RIVER CRUISE’ TAHUN DEPAN

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

BANDARAYA MELAKA 19 Disember – Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) akan menambah dua lagi lokasi baharu Melaka River Cruise tahun depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, dua lokasi terbabit adalah di Kuala Linggi – Teluk Berembang Lubok China dan Sungai Kesang, Sungai Rambai.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah PPSPM berkata penambahan laluan River Cruise itu sekali gus bakal merancakkan lagi sektor ekopelancongan di negeri ini.

“Pada tahun hadapan, kita akan menambah laluan dan lokasi di dua tempat untuk Melaka River Cruise.

“Ia seterusnya merupakan produk baharu pelancongan negeri dan PPSPM yang mana kita akan meletakkan dua buah bot di setiap lokasi beserta pakej makan untuk pengunjung dan pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam PPSPM 2024 di sebuah hotel, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri merangkap Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah PPSPM, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Melaka merangkap Ahli Lembaga Pengarah PPSPM, Datuk Wira Zainal Abu; Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Shaharul Azuar Idris serta kenamaan lain.

Dalam pada itu, Ab Rauf memaklumkan, terdapat tiga lagi produk baharu akan diperkenalkan PPSPM tidak lama lagi.

Jelas beliau, antara produk baharu itu adalah Melaka Sea Cruise; Premium Cruise Eksklusif dan Restoran Terapung Mendam Berahi yang terletak di Pengkalan Rama.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2020
Kongsi :
Previous post TAMAN BANDARAYA BUKIT SERINDIT ‘BERMANDI’ CAHAYA
Next post PTPTN MELAKA DEKATI MAJIKAN
Ubah saiz-+=