
PPSPM rai 130 warga kerja berbuka puasa
AYER KEROH 17 April – Seramai 28 warga kerja Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) menerima penghargaan pada Majlis Berbuka Puasa PPSPM 2023, di sebuah hotel di sini hari ini.
Sumbangan itu diberikan kepada kakitangan yang berkhidmat lebih 10 tahun di agensi tersebut.
Penghargaan itu disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM), Datuk TPr Murad Husin.
Pada majlis tersebut kira-kira 130 kakitangan PPSPM diraikan berbuka puasa sempena Ramadan tahun ini.
Zaidi turut menyampaikan sumbangan Bakul Rahmah kepada salah seorang warga kerja PPSPM iaitu Jurumudi Bot Melaka River Cruise, Muhammad Iskandar Mohd Shukor yang mengalami kemalangan ketika bertugas pada Februari tahun lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...
KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SEKOLAH DIJANGKA BERMULA MEI INI
REMBIA 21 April - Jelajah Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Melaka bakal menjadi antara...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SUNGAI RAMBAI, KEMBALIKAN NOSTALGIA BERAYA DI KAMPUNG
SUNGAI RAMBAI 21 April - Pemilihan rumah tradisional Melayu lama sebagai tapak penganjuran, menghidupkan kembali nostalgia menyambut hari raya di...
RV PARK TETC LENGKAP DENGAN KEMUDAHAN, ANTARA YANG TERBAIK DALAM NEGARA
RIM 21 April - Pelbagai kemudahan asas yang lengkap menjadikan Taman Kenderaan Rekreasi (RV Park) di Taman Extreme Tasik Chinchin...
LEBIH 5,000 PENGUNJUNG MERIAHKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN REMBIA
REMBIA 20 April - Lebih 5,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia di Kompleks Japerun...
SISTEM KEMASUKAN KE MRSM, SBP AKAN DISELARAS MULAI JANUARI TAHUN DEPAN – TPM AHMAD ZAHID
LENGGONG 20 April - Sistem kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan diselaraskan mulai...