Sorting by

×

PPSPM PERKENAL PRODUK BAHARU ‘DINING CRUISE’, RESTORAN TERAPUNG

Masa Membaca:59 Saat

BANDARAYA MELAKA 1 September – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) terus mengorak langkah apabila bakal memperkenalkan bot premium sebagai produk baharu di bawah perbadanan itu.

Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Kewangan yang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Khairunnisa Ibno Masooda berkata, bot premium yang berkonsepkan ‘dining cruise’ akan tampil dengan perkhidmatan yang lebih eksklusif.

“Perkembangan terbaru, di PPSPM kita akan bawakan bot premium yang berkonsepkan ‘dining cruise’ dan lengkap dengan pendingin hawa untuk ruangan dalam manakala di bahagian luar ia terbuka.

“Dalam satu-satu masa, bot ini boleh memuatkan sehingga 14 orang penumpang dan amat sesuai untuk golongan korporat mengadakan perjumpaan ataupun orang ramai yang meraikan hari istimewa,” katanya.

Menurutnya, sekiranya perancangan memperkenalkan produk baharu itu berjalan lancar, ia dijangka akan memulakan operasi pada Disember depan.

Dalam perkembangan sama, Khairunnisa memaklumkan, selain bot premium, PPSPM juga bercadang membuka restoran terapung di Sungai Melaka.

“Apabila siap kelak ‘floating restaurant’ di Sungai Melaka ini akan menjadi yang kedua selepas yang pertama kita buat di Kuala Linggi.

“Konsepnya masih sama iaitu berkonsepkan Mendam Berahi dan apabila sudah beroperasi nanti kita jangka ia akan menjadi tumpuan pengunjung,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

831
Kongsi :
Previous post PASAR TERAPUNG, PASAR PINK JADI TUMPUAN ‘KAKI MAKAN’
Next post MELAKA BILA LARUT MALAM: MENARA TAMING SARI TERUS JADI TUMPUAN
Ubah saiz-+=