
PPS dibuka di Sahom, tempatkan 86 mangsa banjir kilat
IPOH, 12 Jan – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 86 mangsa banjir kilat di Kampung Sahom, di sini pada tengah malam semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan hari ini memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan Sahom Kampar telah dibuka bagi menempatkan penduduk yang terjejas.
“Setakat pukul 11 pagi tadi, terdapat 86 mangsa daripada 23 keluarga yang terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat pada petang semalam,” menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran negeri turut merekodkan paras bacaan Sungai Perak di Stesen Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang naik kepada paras waspada daripada 10 meter (m) kepada 13.8m.
Jabatan Kerja Raya turut memaklumkan penutupan jalan negeri di A119 jalan Kuala Dipang – Chenderiang kerana berlakunya runtuhan dan pokok tumbang, pengguna boleh menggunakan jalan alternatif lain di FT001.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...