Sorting by

×

PPDK capai aras lebih baik, diterima ramai

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

AYER KEROH 21 Disember – Pertubuhan Pusat Dalam Komuniti (PPDK) semakin diterima ramai apabila bukan sahaja ibu bapa yang mempunyai anak orang kurang upaya (OKU) malah pelbagai pihak tampil membantu pembangunan pusat terbabit.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin berkata, pembangunan PPDK dari semasa ke semasa bertambah baik dengan sokongan banyak pihak apabila pertubuhan itu berjaya membuktikan keupayaan serta kemampuan dalam memberi perkhidmatan.

“Dengan kolaborasi pelbagai pihak dan agensi PPDK sudah menuju ke satu aras yang lebih baik berbanding sebelum ini malah kesedaran ibu bapa juga amat baik apabila lebih ramai yang tampil menghantar anak-anak mereka ke PPDK berdekatan.

“Peranan pihak luar seperti swasta, badan korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam pembangunan OKU di PPDK memainkan peranan kerana sokongan sebegini amat diperlukan bagi membuktikan golongan ini sentiasa dekat dihati masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) ‘Realisasikan Impianmu’ PPDK Seri Utama 2023, di sebuah hotel di Ayer Keroh, semalam.

Kalsom yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu berkata, pembangunan dan keupayaan PPDK juga disokong dengan taraf pelatih PPDK yang bukan sahaja komited malah mempunyai latar belakang yang cemerlang.

“Usaha mengangkat taraf pelatih PPDK dalam pelbagai aktiviti juga harus dipuji kerana mereka sentiasa memberi komitmen penuh bagi memastikan kejayaan setiap aktiviti.

“Selain itu kejayaan PPDK juga dapat dilihat dengan pencapaian PPDK Seri Utama yang menuju ke satu aras yang lebih baik hasil daripada kolaborasi dijalankan pihaknya dan yang terbaharu Jalinan Rakan Strategik,”Ā katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

895
Kongsi :
Previous post Tempoh masa fasa percubaan zon bebas kenderaan dilanjutkan
Next post Rebut peluang nikmati keindahan Sungai Linggi secara percuma
Ubah saiz-+=