
PPAD Alor Gajah terima sumbangan peralatan operasi
ALOR GAJAH 19 Nov – Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Alor Gajah di sini, semalam menerima sumbangan peralatan operasi dalam persiapan menghadapi musim tengkujuh berikutan peralihan monsun di negara ini.
Sumbangan peralatan bernilai kira-kira RM20,000 itu disumbangkan Pejabat Daerah Dan Tanah Alor Gajah (PDTAG).
Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Kapten (PA) Aljibin Sudin berkata, sumbangan pelbagai peralatan termasuk dua unit pam air tekanan tinggi, dua gergaji berantai dan mesin penyedut air memang diperlukan bagi melancarkan operasi seperti kerja pembersihan pasca banjir dan penebangan pokok tumbang.
Beliau berkata, peralatan lain diterima adalah 40 kerusi, meja lipat dan khemah kecil.
“Sumbangan peralatan operasi ini membuktikan keprihatinan pihak PDTAG terhadap keperluan jabatan sekali gus dapat mempertingkat keupayaan kita untuk melaksanakan operasi.
“Sumbangan ini memang kita alu-alukan berikutan kekangan kewangan untuk pembelian peralatan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Terdahulu, sumbangan disampaikan Penghulu Tertinggi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Mohmad Nizam Dawood.
Views:
Related

Berita Lain
BAYI LELAKI LIMA BULAN MENINGGAL DUNIA DI BAWAH JAGAAN PENGASUH
ISKANDAR PUTERI 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan polis mengenai kejadian seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan...
POLIS JOHOR TERIMA LAPORAN KES GADUH DI LALUAN MASUK BSI
JOHOR BAHRU 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan antara dua lelaki, seperti yang tular dalam...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAIKAN SAUDARA BAHARU
AYER KEROH 10 April - Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mualaf Negeri Melaka dijadualkan pada 19 April depan bakal menghimpunkan...
EJEN HARTANAH MENINGGAL DUNIA DALAM SUV
AYER KEROH 10 April - Seorang ejen hartanah ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 miliknya...
KES BULI MRSM: POLIS SELESAI REKOD KETERANGAN TUJUH PELAJAR
NIBONG TEBAL 10 April - Polis merekodkan keterangan dua lagi pelajar sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, bagi...
DUA MAUT, SEORANG PARAH DALAM KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI KUCHING
KUCHING 10 April - Dua lelaki maut manakala seorang remaja perempuan parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tun...