
Pos Malaysia hentikan penghantaran antarabangsa kecuali Singapura bermula 3 Ogos
MELAKA 31 Julai – Pos Malaysia mengumumkan memberhentikan sementara penghantaran mel ke semua destinasi antarabangsa kecuali Singapura bermula 3 Ogos depan.
Menurut kenyataan itu, ia disebabkan impak Covid-19 yang mengakibatkan tahap sekatan yang berbeza di negara-negara destinasi terhadap penerbangan, penutupan lapangan terbang dan perkhidmatan rentas sempadan.
“Perkhidmatan mel dan bungkusan antarabangsa dan Express Mail Service (EMS) akan dihentikan sementara ke semua destinasi antarabangsa kecuali Singapura mulai 3 Ogos 2020 hingga diberitahu kelak.
“Maklumat terkini boleh didapati dari semasa ke semasa melalui laman web dan platform media sosial kami.
“Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami melalui AskPos di www.pos.com.my,” kata kenyataan semalam.
Views:
Related
Berita Lain
RINGANKAN BEBAN RAKYAT SEMPENA RAMADAN
PAYA RUMPUT 13 Mac - Seramai 120 warga Parlimen Tangga Batu kurang bernasib baik menerima sumbangan sempena Ramadan tahun ini....
KETUA MENTERI ‘TERJAH’ BAZAR RAMADAN TAMAN RAMBAI JAYA
PAYA RUMPUT 13 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, membuat lawatan mengejut ke Bazar...
1,750KG BERAS TIADA LABEL GRED DAN HARGA DIRAMPAS DI SKUDAI
JOHOR BAHRU 13 Mac - Polis bersama pihak Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Johor merampas 1,750 kilogram beras dalam...
‘NO RIGHT TURN’ SIMPANG TAMAN BOTANIKAL DALAM PERCUBAAN
AYER KEROH 13 - Inisiatif ‘No Right Turn’ (NRT) telah dilaksanakan di persimpangan Taman Botanikal, Ayer Keroh bagi tempoh percubaan...
‘SNOW WORLD’ BERTEMAKAN WARISAN SEJARAH DI MELAKA
AYER KEROH, 13 Mac - Mahu menikmati asam pedas, melawat lokasi bersejarah dan merasai suasana kampung antara daya penarik menggamit...
2,000 ORANG DIJANGKA MERIAHKAN MAJLIS IFTAR SANTAI BERSAMA KETUA MENTERI
AYER KEROH 12 Mac - Jumlah pengunjung ke Majlis Iftar Santai Bersama Ketua Menteri di perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda...