Sorting by

×

Politeknik Melaka pilihan pelajar OKU

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

KESIDANG 15 Ogos – Politeknik Melaka (PMK) menerima kemasukan dua pelajar orang kurang upaya (OKU) pendengaran dan fizikal buat pertama kali bagi sesi ambilan 2024/2025, baru-baru ini.

Pelajar itu adalah Chai Ming En, 18, yang merupakan anak kelahiran Melaka dilahirkan dengan kecacatan kaki dan Nur Qistina Mohd Zahid,18, yang mempunyai masalah pendengaran kronik.

Ming En merupakan anak sulung daripada dua beradik bertekad menyambung pengajian dalam bidang perakaunan di politeknik berkenaan untuk berada lebih dekat dengan keluarga.

“Saya menggalas tanggungjawab menjaga kedua ibu bapa yang kurang sihat dan adik baru berusia 11 tahun, ibu saya menderita barah otak akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat, bapa pula diserang angin ahmar baru-baru ini.

“Pelbagai cabaran terpaksa saya hadapi untuk mendaftar antaranya faktor kewangan kerana ayah dan ibu tidak dapat bekerja kerana sakit yang dihidapi.

“Tetapi akan-rakan ayah membantu untuk memastikan saya dapat menyambung pelajaran. Dari segi pembelajaran, rakan-rakan kuliah dan para pensyarah juga banyak membantu,” katanya.

Img 20240814 Wa0046
PENSYARAH PMK sewaktu mengajar MING En.

Manakala, Nur Qistina yang merupakan pelajar jurusan perakaunan sangat meminati subjek matematik dan bersyukur ditawarkan melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan di politeknik itu.

“Walaupun mempunyai kekurangan saya ingin buktikan bahawa kecacatan bukan penghalang untuk mencapai cita-cita.

“Biarpun pelbagai cabaran terpaksa dihadapi seperti memberi tumpuan kerana menggunakan alat bantuan pendengaran, tetapi saya mampu membaca pergerakan mulut pensyarah yang mengajar.

“Terima kasih juga kepada akan-rakan kuliah sentiasa membantu dan memahami keadaan saya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah PMK Zaidi Othman berkata pengurusan PMK mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan pelajar OKU mendapat perhatian dan suasana pembelajaran kondusif serta selamat.

“Pihak PMK mengambil beberapa tindakan bagi memastikan kebajikan para pelajar yang memerlukan terjaga dan dapat meneruskan pengajian mereka hingga tamat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

249
Kongsi :
Previous post Melaka miliki 21 Kelab Falak dan Astronomi
Next post SUKMA 2024: Insentif menanti atlet memanah sumbang pingat
Ubah saiz-+=