Polis tunggu laporan kimia lengkapkan siasatan kemalangan babitkan dua kematian Sabtu lepas
BUKIT MERTAJAM, 15 Nov – Polis sedang menunggu laporan kimia bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung kemalangan yang mengakibatkan dua maut di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang menuju arah Perai, di sini, awal pagi Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Tan Cheng San berkata ia membabitkan laporan kimia bagi sampel darah remaja lelaki berusia 16 tahun yang merupakan pemandu kereta yang merempuh sebuah motosikal, menyebabkan penunggang dan pemboncengnya maut.
“Setakat ini polis telah merekodkan keterangan beberapa saksi dan mereka yang terlibat dalam kemalangan, polis juga telah mendapatkan rakaman “dashcam” pemandu kenderaan lain yang berada di lokasi semasa kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya siasatan kejadian kemalangan itu dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam kemalangan kira-kira 2.30 pagi itu, dua maut selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh kereta Toyota Lexus dipandu remaja terbabit yang hilang kawalan setelah melanggar sebuah lori, dan susulan kemalangan itu, polis turut menyaman ibu remaja itu kerana cuai apabila membenarkan anaknya memandu kenderaannya tanpa lesen.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PARAKOM DITEMPATKAN DI GADEK HOTSPRING, ELAK KEJADIAN TIDAK DIINGINI
GADEK 21 Januari - Sebagai langkah keselamatan pengunjung, sekumpulan Paramedik Komuniti (Parakom) akan ditempatkan dalam kawasan Gadek Hotspring Wellness and...
TIADA LAGI TOL PERCUMA SEMPENA PERAYAAN, KERAJAAN AMBIL PENDEKATAN BERSASAR – NANTA LINGGI
KLANG, 21 Jan - Kerajaan memutuskan untuk menghentikan pemberian tol percuma bersempena musim perayaan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri...
MELAKA JADI CONTOH NEGERI PRAKTIK NILAI PATRIOTISME
BANDARAYA MELAKA 21 Januari - Melaka terus menjadi contoh negeri yang mempraktikkan usaha ke arah memperkukuh perpaduan melalui nilai patriotisme....
MASIH TUNGGU STATUS PEMBINAAN LOJI WTE
PAYA RUMPUT 21 Januari - Kerajaan Negeri masih menunggu status pembinaan loji Sisa ke Tenaga (WTE) di Tapak Pelupusan Sisa...
32 INDIVIDU CEDERA DALAM KEJADIAN LETUPAN KILANG KIMIA DI KLANG
KLANG, 21 Jan - Polis mengesahkan sebanyak 32 individu tercedera dalam kejadian letupan di kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula...
DUA BAZAR AIDILFITRI, SEMBILAN PASAR RAMADAN DI ALOR GAJAH DAN MASJID TANAH
DUYONG 21 Januari - Sebanyak 11 lokasi bazar Aidilfitri dan pasar Ramadan yang bakal dianjurkan di kawasan Alor Gajah dan...