Sorting by

×

Polis tahan tujuh pelacur warga Vietnam tawar khidmat guna MiChat, Facebook

Masa Membaca:58 Saat

KUALA LUMPUR 20 April. – Polis menumpaskan sindiket pelacuran yang menawarkan perkhidmatan melalui laman sosial MiChat dan Facebook selepas menahan tujuh pelacur wanita warga Vietnam di premis pelacuran di sekitar Kepong, di sini, semalam.

Kesemua pelacur warga Vietnam berusia lingkungan 30-an itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dalam Op Noda susulan maklumat dan risikan.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, turut ditahan dalam operasi selama tiga jam bermula 8.45 malam itu ialah dua lelaki tempatan berusia 20-an dan 50-an yang merupakan penjaga premis yang beroperasi sejak sebulan lalu.

“Pelacur warga asing ini menggunakan laman sosial bagi ‘memancing’ pelanggan dan mengelak daripada dikesan. Hasil siasatan awal mendapati mereka menjalankan kegiatan tidak bermoral itu dengan menawarkan harga RM150 hingga RM200 untuk layanan selama setengah jam,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian malam tadi.

Polis turut merampas pelbagai barangan antaranya kondom dan minyak pelincir dan kesemua individu yang ditahan dibawa ke IPD Sentul untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959/63.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1966
Kongsi :
Previous post Pemandu bas maut dihempap bas persiaran
Next post 95 peratus ‘frontliner’selesai terima dos pertama vaksin
Ubah saiz-+=