
Polis tahan tiga individu, rampas dadah bernilai RM40,540
KUCHING, 7 April – Polis menahan seorang lelaki tempatan dan dua wanita warga Vietnam selepas disyaki memiliki dadah pelbagai jenis bernilai RM40,540 dalam dua serbuan di bandar raya ini, Isnin lepas.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak Supt Wong Leong Meng berkata lelaki berkenaan ditahan bersama sejumlah dadah pada kira-kira 2.30 petang.
Beliau berkata hasil maklumat lelaki tersebut, polis menyerbu satu unit kediaman di sebuah pangsapuri pada hari sama lalu menahan dua wanita warga Vietnam berusia 24 dan 33 tahun serta menemukan sejumlah dadah.
“Hasil penahanan ketiga-tiga mereka, polis merampas 58 peket jus campuran serbuk ekstasi dianggar bernilai RM37,700, 13.35 gram ketamin dianggar bernilai RM2,000, 13 biji pil ekstasi dianggar seberat 5.08 gram bernilai RM390 dan 30 biji pil erimin 5 dianggar bernilai RM450,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wong berkata pihaknya turut merampas sebuah kereta Proton, kad akses pangsapuri selain menyita wang berjumlah RM6,220.
Katanya ketiga-tiga mereka kini direman hingga 12 April untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...