
Polis tahan teman lelaki wanita ditemukan mati dibunuh, dibakar
IPOH, 4 Jun – Polis menahan teman lelaki kepada wanita yang ditemukan dipercayai dibunuh dan dibakar di tepi Sungai Kuala Kangsar, di Kampung Talang Hulu, Kuala Kangsar Selasa lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi berkata lelaki berusia 20 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan pada Rabu lepas dan kini direman tujuh hari bermula hari ini.
Semalam, bedah siasat ke atas mayat wanita itu mendapati punca kematiannya adalah akibat hentakan di kepala dengan kesan melecur yang teruk.
Sebelum ini, Mior Faridalathrash dilaporkan berkata satu mayat wanita berusia 21 tahun dipercayai dibunuh ditemukan dalam keadaan terbakar pada 3.05 petang Selasa lepas.
Adik lelaki mangsa berusia 19 tahun turut membuat laporan mengenai kehilangan wanita itu dipercayai berkaitan dengan penemuan mayat terbakar berdasarkan beberapa barangan dipakai mangsa.
Pada Rabu, polis menemukan seketul batu konkrit yang mempunyai kesan darah berhampiran mayat wanita terbabit yang dipercayai digunakan untuk mencederakan kepala mangsa.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENAHANAN PEMIMPIN KANAN PARTI POLITIK TIADA KAITAN DENGAN AB RAUF
AYER KEROH 16 April - Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang juga...
BEKAS ANGGOTA IMIGRESEN DITAHAN BANTU SIASATAN KES RASUAH LEBIH RM10 JUTA
KUANTAN 16 April - Seorang lagi bekas anggota Jabatan Imigresen ditahan semalam kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket membawa masuk warga...
POLIS TERIMA 13 LAPORAN BERKAITAN ILUSTRASI JALUR GEMILANG TIDAK LENGKAP
KUALA LUMPUR 16 April - Polis menerima 13 laporan berhubung sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina yang menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang...
WAJAH BAHARU IKAN BAKAR PUNGGOR @ ALAI
TELOK MAS 16 April - Kompleks Ikan Bakar Muara Punggor Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang diberikan wajah baharu...
MHISB RAI KAKITANGAN DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PADA JAMUAN AIDILFITRI
AYER KEROH 16 April - Melaka Hari Ini Sdn Bhd (MHISB) meraikan kakitangan dan Ahli Lembaga Pengarahnya pada Majlis Sambutan...
MBMB TAWAR 4 INSENTIF SEMPENA ULANG TAHUN KE-22
KLEBANG 16 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menawarkan empat insentif khas kepada pelanggan bersempena Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai...