
Polis tahan suspek bunuh warga emas
SEREMBAN, 10 Oktober – Polis menahan seorang suspek lelaki pada Sabtu, dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang wanita warga emas di Taman Paroi Jaya dekat sini, pada 23 Sept lepas.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di sebuah pondok tepi jalan di Batu 4 Jalan Port Dickson-Teluk Kemang dekat sini, pada kira-kira pukul 1 tengah hari, selain merampas barangan kemas milik mangsa yang ditemukan bersama suspek.
“Polis percaya dengan tertangkapnya lelaki ini, kes tersebut telah diselesaikan. Polis mengucapkan ribuan terima kasih atas maklumat orang ramai sehingga tertangkapnya suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata suspek akan direman sehingga 14 Okt bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Media sebelum ini melaporkan mayat mangsa yang berusia 75 tahun itu ditemukan pada 8.25 malam dengan kesan kecederaan pada anggota badan di rumahnya di Jalan Kedidi 7, Taman Paroi Jaya dekat sini, 23 Sept lepas.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
NORANIZA IDRIS BUAT LAPORAN POLIS DAKWA PERNIAGAAN MURUKU DITIPU RM630,000
SHAH ALAM 4 Mac - Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir...
MPHTJ TERIMA ‘4 DIAMOND RATING AWARD’
AYER KEROH 4 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menterjemah dan menzahirkan komitmen ke arah pencapaian status Perbandaran...
NAHAS KM204: SYARIKAT LORI MENGAKU TIDAK BERSALAH DI MAHKAMAH MAJISTRET ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 4 Mac - Sebuah syarikat logistik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini atas pertuduhan...
DUA SAHABAT MENGAKU SALAH ROMPAK BERKUMPULAN GUNA SENJATA, CEDERAKAN DUA LELAKI
KOTA BHARU 4 Mac - Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak...
KEMATIAN WARGA EMAS DENGAN KESAN TERBAKAR AKIBAT HENTAKAN OBJEK, SEDUTAN ASAP
ALOR SETAR 4 Mac - Punca kematian wanita warga emas yang ditemukan dengan kesan terbakar disyaki dibunuh anaknya pada Ahad...
TIGA LELAKI DISYAKI ROMPAK KEDAI EMAS DI NILAI
SEREMBAN 4 Mac - Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, dekat...