Polis tahan penjawat awam disyaki curi barang mangsa tanah runtuh Batang Kali
KUALA LUMPUR, 7 Jan – Polis menahan seorang penjawat awam yang dipercayai mencuri barangan milik mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali pada 16 Dis lepas.
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata suspek berumur 27 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang, semalam, dan polis akan membuat permohonan reman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Dalam persidangan media di sini hari ini beliau berkata susulan penahanan itu, polis turut turut merampas barangan yang dipercayai milik mangsa kejadian tanah runtuh berkenaan.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah memaklumkan pihaknya mengesan satu hantaran di Facebook dipercayai daripada salah seorang ahli keluarga mangsa, yang mendakwa terdapat individu tidak bertanggungjawab menggunakan kad Touch ‘n Go milik mangsa.
Tragedi tanah runtuh pada 2.46 pagi itu mengorbankan 31 nyawa dengan 12 daripadanya adalah kanak-kanak, dan seorang bayi lelaki berusia setahun. — BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SEMANGAT SETIA KAWAN ANTARA KAUM AKAN TERUS DIPERKUKUH
TANJUNG BIDARA 16 November - Semangat setiakawan antara kaum wujud sejak zaman kemerdekaan akan terus diperkukuhkan bagi memastikan kestabilan dan...
DOA IBU BAPA, GURU PELENGKAP IKHTIAR GAPAI KECEMERLANGAN – KM
TANJUNG BIDARA 15 November - Doa ibu bapa dan guru dianggap sebagai pelengkap kepada segala usaha bagi setiap anak-anak yang...
KETUA MENTERI SANTUNI CALON UPKK DAN SPM DUN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 15 November - Seramai 464 calon Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disantuni Ketua...
REMAJA PEREMPUAN HILANG SABTU LEPAS DITEMUKAN SELAMAT
KUANTAN 15 November - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Kampung Paya Chedung, Maran Sabtu lepas...
JETI BAHARU LANCARKAN LAGI OPERASI ECO-CRUISE SUNGAI LINGGI
AYER LIMAU 15 November - Pembinaan sebuah jeti baharu di muara Sungai Linggi, dijangka mampu memperhebatkan lagi aktiviti pelancongan di...
TANDAS AWAM MPHTJ MENANG TOTYA’24
AYER KEROH 15 November - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) merangkul pengiktirafan Toilet of The Year Award 2024 (TOTYA'24)...