
POLIS TAHAN PASANGAN KEKASIH BANTU SIASATAN KES BUNUH WANITA WARGA EMAS
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata pasangan kekasih berusia 20-an itu ditahan di sebuah rumah di Paya Terubong dekat sini, kira-kira pukul 6.30 pagi hari ini, hasil risikan dan intipan pihak polis.
“Lelaki yang ditahan itu merupakan anak kepada wanita warga emas berusia 60-an yang ditemukan maut dalam kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui motif sebenar insiden berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Menurut beliau, kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 9 Feb bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mayat wanita itu ditemukan selepas jiran-jiran terhidu bau busuk dari rumah mangsa. Pemeriksaan pihak berkuasa seterusnya menemukan mayat mangsa, yang kemudiannya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...