
Polis tahan lima lelaki disyaki bakar kereta anggota kastam
SEPANG, 19 Nov – Polis menahan lima lelaki di sekitar Klang malam tadi bagi membantu siasatan kes khianat terhadap kereta milik anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) cawangan Pelabuhan Klang, Selasa lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata kesemua yang berumur antara 30 dan 60 tahun itu akan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.
“Kesemua individu ini tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di sini hari ini.
Dilaporkan sebuah kereta Proton X70 milik anggota JKDM terbakar 90 peratus ketika berada di pusat mencuci kereta di Taman Pandamaran Permai, Klang pada kira-kira 11 pagi semalam.
Menurut Arjunaidi, pihak polis telah menerima laporan daripada pengadu berusia lingkungan 50-an pada 16 Nov lepas dengan mendakwa kereta Proton X70 miliknya disimbah cat dan dua hari kemudian (18 Nov), polis menerima satu lagi laporan daripada pengadu yang mendakwa keretanya dibakar di pusat cuci kereta ketika dihantar untuk membersihkan kesan simbahan cat.
Susulan daripada laporan itu, Arjunaidi berkata pihaknya berjaya mengesan lima lelaki berkenaan yang kini direman bagi membantu siasatan.
Mengenai motif kejadian, beliau tidak menolak kemungkinan terdapat unsur khianat terhadap mangsa.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...
TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0 DILANCARKAN HUJUNG TAHUN INI
AYER KEROH 17 April - Kerajaan Negeri akan melancarkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2.0 pada 31 Disember depan, kata Ketua...
MAIM SEDIA SUMBANGAN UNTUK MUALAF MELAKA TUNAI HAJI
KESIDANG 17 April - Mualaf di Negeri Melaka yang terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini dipelawa memohon Sumbangan Menunaikan...
MELAKA NEGERI PERTAMA DIGITALKAN KAMPUNG, HAIWAN TERNAKAN
SERI NEGERI 17 April - Seiring dalam era kemodenan dan digitalisasi masa kini, Melaka juga telah menjadi pelopor dan perintis...