
Polis tahan lelaki disyaki cederakan EXCO Pulau Pinang
GEORGE TOWN, 19 Jun – Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo cedera dipercayai akibat diserang dalam kejadian Jumaat lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan suspek kini direman selama dua hari bagi membantu siasatan.
“Ya saya sahkan polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes itu,” katanya namun enggan mengulas lanjut berhubung kes tersebut kerana dalam siasatan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, Jagdeep berada di sebuah restoran di Tanjung Bungah, di sini apabila seorang lelaki dipercayai warga asing tidak dikenali menghampirinya dan kemudian menolaknya sehingga terjatuh.
Susulan kejadian itu, ahli politik berusia 51 tahun tersebut mengalami kecederaan patah pergelangan kaki kirinya dan kini dirawat di sebuah hospital swasta di sini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...