Polis tahan lelaki ceroboh, buat khianat di tanah perkuburan
BAGAN SERAI, 13 Jun – Polis menahan reman seorang lelaki kerana disyaki menceroboh dan melakukan khianat di kawasan tanah perkuburan di Kampung Jawa, Semanggol di sini yang videonya tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mazuki Mat berkata lelaki berumur 36 tahun itu ditahan hasil maklumat awam kira-kira pukul 9 pagi pada 9 Jun lepas dan direman bermula 10 hingga 15 Jun ini.
“Berdasarkan rakaman video berdurasi 1 minit 21 saat itu yang dimuat naik dalam media sosial pada 8 Jun, seorang lelaki bertindak di luar kawalan dengan menceroboh dan melakukan khianat di sekitar kawasan perkuburan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mazuki berkata hasil siasatan dan semakan video itu mendapati, suspek tinggal berdekatan di kawasan itu.
“Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan. Motif kejadian masih disiasat,” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
5 PREMIS JUDI DI JASIN DIPOTONG BEKALAN ELEKTRIK
JASIN 8 November - Bekalan elektrik ke lima premis disyaki terbabit dalam aktiviti perjudian dalam talian sekitar daerah ini dipotong...
PESTA KONVO UTEM DIJANGKA GAMIT 50,000 PENGUNJUNG
DURIAN TUNGGAL 8 November - Seramai 50,000 pengunjung dijangka membanjiri Pesta Konvo Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 2024 (PESKOUTeM20) yang...
MTL DIJANGKA KEMUNCAK PADA PENGHUJUNG NOVEMBER
PUTRAJAYA 8 November - Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan yang tinggi di...
PERKHIDMATAN KESIHATAN PSH DIIKTIRAF ANTARA YANG TERBAIK
BANDARAYA MELAKA 8 November - Putra Specialist Hospital (PSH) menerima Pensijilan Akreditasi Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) bagi...
PELAJAR MAUT DITIMPA BAHAN BINAAN
KUALA TERENGGANU 8 November - Seorang pelajar berusia 17 tahun maut selepas ditimpa bahan binaan di sebuah lot kedai, di...
LIMA HOSPITAL DI MELAKA TERIMA PENGIKTIRAFAN MSQH
BANDARAYA MELAKA 8 November - Lima hospital di negeri ini memperoleh Pensijilan Penuh Akreditasi Malaysian Society for Quality in Health...