
Polis tahan lelaki Bangladesh ceroboh masuk tadika
Ketua Polis Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di sekitar kawasan Taman Pahlawan, Banting, susulan laporan polis oleh guru tadika berkenaan Jumaat lepas (1 April).
Ahmad Ridhwan berkata semasa tangkapan dibuat, suspek gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan hasil soal siasat awal disyaki lelaki itu mempunyai masalah kesihatan mental.
“Suspek direman selama empat hari dan kini ditahan di lokap Balai Polis Banting IPD Kuala Langat.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3000, jika disabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebuah video berdurasi satu minit yang tular di Facebook baru-baru ini memaparkan seorang lelaki dipercayai warga asing menceroboh masuk sebuah tadika di Telok Panglima Garang. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
30 MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU SIAP TAHUN INI
RIM 18 April - Kerajaan Negeri menerusi Melaka ICT Holding Sdn. Bhd. (MICTH) menyasarkan akan membina 30 menara telekomunikasi baharu...
MELAKA CADANG PERKENAL SUKAN GOLF DI SEKOLAH-SEKOLAH
AYER KEROH 18 April - Sukan golf akan diperkenalkan di beberapa buah sekolah sekitar Melaka sebagai sukan kokurikulum elit bagi...
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....