
Polis tahan guru tadika disyaki dera murid
JOHOR BAHRU, 2 April – Polis menahan seorang guru wanita di Muar, kira-kira 130km dari sini awal pagi ini, yang disyaki mendera empat muridnya di sebuah tadika swasta baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor SAC Shahurinain Jais berkata wanita berusia lewat 50-an itu ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Muar kira-kira pukul 2 pagi tadi.
Beliau berkata dua hari lepas salah seorang ibu kanak-kanak itu telah menerima rakaman video yang memaparkan kejadian anaknya didera oleh oleh guru berkenaan.
“Kejadian disyaki berlarutan sejak bulan November lepas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya wanita itu dipercayai bertindak kasar terhadap empat murid lelaki berusia lingkungan umur tiga hingga lima tahun, dan kesemua murid berkenaan telah dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar untuk pemeriksaan perubatan.
Shahurinain berkata wanita itu direman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...