Polis tahan empat bersaudara, rampas dadah bernilai RM90,000
TAWAU, 15 September – Polis menahan empat bersaudara termasuk tiga adik-beradik dan merampas dadah jenis ganja seberat lebih 27.31 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM90,000 dalam serbuan di sebuah premis di Kilometer 16, Jalan Apas di sini pada Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah ACP Jasmin Hussin berkata tiga beradik iaitu dua wanita dan seorang lelaki serta seorang saudara lelaki mereka itu, yang kesemuanya berusia antara 20 dan 43 tahun ditahan dalam serbuan di premis tersebut pada pukul 5 petang.
Katanya serbuan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah itu, adalah hasil maklumat orang awam.
“Ketika serbuan didapati dua lelaki sedang mengangkat tiga kotak dari sebuah kereta ke premis tersebut. Hasil pemeriksaan menemukan 29 bungkusan yang masing-masing berisi ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja.
“Dua wanita berada dalam kenderaan itu turut ditahan. Dadah yang dirampas itu disyaki untuk dipasarkan di sekitar Tawau yang mampu dibekalkan kepada 20,000 pembeli,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Jasmin berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MEDIA BANTU SEBARKAN FUNGSI, PERANAN APM
AYER KEROH 19 November - Peranan media menjadi platform penting dalam menyebarkan fungsi dan tugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)...
LEBIH 15,000 INDIVIDU BEKERJA SENDIRI DI MELAKA CARUM SKSPS
BANDA HILIR 19 November - Seramai 15,741 orang telah berdaftar dan mencarum menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bagi...
LURUAN MONSUN: HUJAN LEBAT BERTERUSAN DIJANGKA HINGGA HUJUNG NOVEMBER
PUTRAJAYA 19 November - Luruan monsun membawa hujan lebat berterusan yang kini berlaku di timur dan selatan Semenanjung dijangka berlanjutan...
PENGANGGUR DICEKUP, DISYAKI PECAH MASUK RUMAH GURU
JASIN 19 November - Seorang lelaki dicekup polis selepas dipercayai terbabit dalam kejadian pecah rumah di Taman Maju, di sini....
MELAKA TUAN RUMAH SPEN 2024
AYER KEROH 19 November - Melaka akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Simposium Perumahan Negeri-Negeri Se-Malaysia (SPEN) 2024 bermula esok...
SERANGAN JANTUNG, SEBELUM LEMAS
ALOR GAJAH 19 November - Punca kematian lelaki warga emas yang ditemukan lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Pengkalan,...