Polis tahan dua lelaki, rampas dadah RM300,000
KUALA LUMPUR, 7 Mac – Polis menahan dua lelaki dan merampas ketamin serta pil ekstasi bernilai RM379,600 daripada mereka dalam serbuan di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Cheras di sini Jumaat lepas.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Kuala Lumpur Supt Mohd Shokri Abdullah berkata kedua-duanya yang berusia 30 dan 38 tahun ditahan di dalam dua kereta berasingan pada 6.50 petang.
“Polis merampas dadah jenis ketamin seberat 6.1 kilogram dan pil ekstasi seberat 915 gram yang dipercayai bagi pasaran Lembah Klang daripada kedua-dua lelaki itu.
“Turut dirampas, seutas gelang tangan dan seutas rantai emas yang dianggar bernilai RM5,000 dan dua kereta itu yang dianggar bernilai RM35,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Shokri berkata siasatan mendapati kedua-duanya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menjadikan kegiatan pengedaran dadah sebagai punca pendapatan.
“Semakan mendapati lelaki berusia 30 tahun itu memiliki dua rekod jenayah manakala kedua-duanya negatif terhadap dadah,” katanya.
Beliau berkata mereka kini direman tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
92 ANAK-ANAK REMBIA TERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN
REMBIA 20 Januari - Riak wajah ceria jelas kelihatan di wajah 92 murid dari sembilan buah sekolah rendah kawasan Dewan...
HIASAN TAHUN BAHARU CINA GAMIT KUNJUNGAN ORANG RAMAI
AYER KEROH 19 Januari - Lebih 350 tanglung pelbagai bentuk dan warna menghiasi perkarangan Balai Raya Taman Bukit Melaka, di...
‘BERANI BERKHATAN SEBAB NAK JADI BOMBA’
ASAHAN 20 Januari - Bercita-cita menjadi anggota bomba membuatkan seorang kanak-kanak Muhammad Syahmi Ikmal Mohd Nazri,8, berani untuk berkhatan pada...
PEMILIK SALON DITAHAN HISAP KEMALUAN REMAJA
AYER KEROH 20 Januari - Seorang jurusolek ditahan selepas dipercayai melakukan amang seksual fizikal dengan menghisap kemaluan seorang remaja lelaki...
OPERASI SAR DUA NELAYAN HILANG DI PERAIRAN PULAU UNDAN DITAMATKAN
TELOK MAS 20 Januari - Operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) dua nelayan yang hilang sejak 16 Januari lalu di perairan...
WIFI PERCUMA DI DUA MASJID
ASAHAN 20 Januari - WiFi percuma Negeri Melaka akan disediakan di Masjid Al-Aminin Sungai Tuang dan Masjid As-Safwan Kampung Telok...