Polis tahan dua lelaki, rampas 1,064 pil yaba
TUMPAT, 22 April – Polis menahan dua lelaki dan merampas 1,064 pil yaba bernilai RM11,182 menerusi dua serbuan di sini, pada Khamis dan Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie berkata dalam serbuan pertama kira-kira 6 petang, Khamis lepas, polis menahan seorang penganggur berusia 20-an di Kampung Cherang Melintang, Chabang Empat dan merampas 542 pil yaba bernilai RM5,962 dalam beg silang miliknya.
“Serbuan kedua pula terhadap seorang duda berusia 30-an pada 11 malam, di Kampung Kolam Teratai, Palekbang, keesokan harinya, dan polis menjumpai 522 pil yaba bernilai RM5,220 di dalam poket seluarnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kedua-dua lelaki terbabit didapati positif terhadap dadah jenis Methamphetamine dan dipercayai aktif dalam kegiatan pengedaran dadah sejak awal tahun lepas.
Menurut Mohd Khairi seorang daripadanya direman hingga Khamis ini manakala seorang lagi hingga Jumaat untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
RV LONJAK EKONOMI PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 19 Januari - Kerajaan Negeri giat berusaha melonjakkan ekonomi pelancongan negeri melalui tarikan baharu Recreational Vehicle (RV) yang kini...
MELAKA ANJUR JAMBOREE KARAVAN TERBESAR SEPTEMBER DEPAN
DUYONG 19 Januari - Lebih 1,000 peminat karavan dijangka akan berkampung di Melaka bagi memeriahkan program Jamboree Karavan, September depan....
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...
‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN’
KUALA LINGGI 18 Januari - Kepayahan yang dilalui sebuah keluarga nelayan di Kampung Telok Gong yang terpaksa menadah besen dan...
ALAMAT DIGITAL ‘MASA DEPAN’ UNTUK ORANG KAMPUNG
KUALA LINGGI 18 Januari - Pengenalan alamat digital dan kod QR lokasi rumah menerusi inisiatif Kampung Digital bakal memacu masa...
W.R.U.R: MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU, INTERNET PERCUMA UNTUK RAKYAT KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Menara telekomunikasi baharu akan dibina di Kampung Telok Gong, di sini, bagi menambah baik jaringan...