
Polis tahan dua lelaki guna nombor pendaftaran palsu
KUALA LUMPUR 18 Mac – Dua lelaki berusia 18 dan 19 tahun ditahan di sekitar Bukit Ampang Saujana, Ampang, Sabtu lepas kerana menggunakan nombor pendaftaran kenderaan palsu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata penahanan suspek dalam Op Samseng itu dilakukan di ‘port’ atau lokasi golongan remaja berkumpul dan melakukan aktiviti tidak sihat seperti aksi yang merbahaya dan menguji kekuatan bunyi motosikal.
“Semasa rondaan tersebut dijalankan, anggota telah terserempak dan menahan serta memeriksa dua buah motosikal.
“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap nombor pendaftaran yang dipamerkan mendapati nombor yang tertera itu didaftarkan pada kereta dan bukan milik motosikal yang digunakan itu,” katanya dalam kenyataan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Mohd Azam berkata dalam operasi sama sebanyak 47 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan lain-lain kesalahan.
“10 buah kenderaan telah disita di bawah Seksyen 64(1) dan Seksyen 6(4) APJ 1987, semua kenderaan dibawa balik ke balai polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik untuk tindakan lanjut,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SIDANG DUN MELAKA MENGENANG ALLAHYARHAM TUN ABDULLAH
SERI NEGERI 25 April - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr.Mohd Ali Mohd Rustam, mengenang jasa Perdana Menteri Kelima,...
MELAKA TERUS JADI TUMPUAN PENGANJURAN ACARA BERTARAF KEBANGSAAN
SERI NEGERI 25 April - Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam merakamkan penghargaan kepada...
SEGERAKAN PEMBINAAN HOSPITAL WANITA DAN KANAK-KANAK
SERI NEGERI 25 April - Pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-kanak di Melaka yang telah diluluskan Kerajaan Persekutuan dengan peruntukan berjumlah...
MELAKA TERUS MAJU, BERJAYA DI BAWAH KEPIMPINAN AB RAUF – TYT
SERI NEGERI 25 April - Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam mengucapkan tahniah kepada...
RAYA PPSPM MERIAH ATAS KAPAL, BOT PREMIUM
BANDARAYA MELAKA 25 April - Menikmati juadah Aidilfitri di atas kapal Mendam Berahi antara keistimewaan Majlis Sambutan Hari Raya Perbadanan...
SIDANG DUN MELAKA PENGGAL KEEMPAT BUKA TIRAI SECARA RASMI
SERI NEGERI 25 April - Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas Tahun 2025 di Seri...