
Polis tahan buruh edar heroin hampir RM80,000
TAIPING, 14 Okt – Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dan merampas dadah bernilai RM76, 000dalam serbuan sebuah rumah dekat Matang semalam.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Razlam Ab Hamid berkata lelaki berumur 51 tahun itu ditahan bersama dadah jenis heroin seberat 2.549 kilogram (kg) dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.
Beliau berkata tiga beg plastik memuatkan 59 paket lutsinar mengandungi serbuk keputihan disyaki dadah jenis heroin ditemukan dalam serbuan itu.
“Aktiviti pengedaran dadah ini dipercayai telah bergiat aktif sejak Februari lalu untuk pasaran tempatan dan pihak polis melakukan intipan selama dua minggu,” katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.
Beliau berkata jumlah dadah berkenaan boleh digunakan untuk kira-kira 2, 000 orang penagih dan siasatan mendapati suspek mendapatkan bekalan dari luar Perak dan pasaran dadah ini tertumpu di Kuala Sepetang dan Batu Kurau.
Razlam berkata suspek yang mempunai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah itu direman sehingga 17 Okt untuk disiasat Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dan polis turut menyita sebuah kereta dan wang tunai bernilai RM2,709.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM PERKENAL SKIM BANTUAN SIMPANAN PELAJARAN ANAK ASNAF
TELOK MAS 15 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan satu lagi skim bantuan baharu dalam membantu pendidikan anak-anak...
MINAT MAIN DAM BAWA TUAH, AHCHAI RANGKUL KEMENANGAN BERGANDA
AYER KEROH 15 Disember - Bermula dengan minat bermain dam aji dan menjadikannya sebagai hobi, tuah berganda menyelebahi Ng Hock...
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
