
Polis syak mungkin hanya seorang individu terlibat pembunuhan Zayn Rayyan
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia berdasarkan petunjuk,Ā kesan jerutan dan pergelutanĀ yang ditemukanĀ pada tubuh mangsa berusia enam tahun itu.
āKita (polis) mengesan seorang individu dan percaya (kes iniĀ melibatkan) seorang individu. KitaĀ telah tengok semua sudut, pangkalan dataĀ polis serta melakukanĀ tapisan secara besar-besaranĀ dan berharap akan mendapat petunjuk positif sehinggaĀ boleh menangkap penjenayah ini,ā katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Hussein, beliau tidak mahu prosesĀ siasatan melibatkan sebarang spekulasi dan orang ramai diminta memberi ruang kepada polis supaya dapat menumpukanĀ pelaksanaanĀ tugasĀ berdasarkan fakta kes.
Zayn Rayyan,Ā dilaporkan hilang pada tengah hari Selasa lepasĀ dan ditemukan meninggal duniaĀ dalam aliran anak sungai pada keesokannya, kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di apartmen berkenaan.
Hussein berkata pihaknya sedang meneliti rakaman video kamera papan pemuka yang diperoleh daripadaĀ beberapaĀ pemilik kenderaan yang merupakan penghuniĀ Apartmen Idaman untuk membantu siasatan.
Ditanya jangkaan waktu mayat ZaynĀ RayyanĀ diletakkan di lokasi dia ditemukan, Hussein berkata: āPagi hari yang sama (mayat ditemukan)Ā kita ada membuat pencarian tetapi tak jumpa. Kita jumpa pada waktu malam, jadi kemungkinan petang (pembunuh meletakkan mangsa) sewaktu hujan lebat. Jadi kita percaya, waktu petang itulah (mayat diletakkan),ā
MengenaiĀ tujuan pemeriksaan sebuah stor yang terletak kira-kira 50 meter dari Blok R, Apartment Idaman semalam, beliau berkata polis mahu menyiasat individuĀ yang selalu berlegar di kawasan itu untuk mencari kemungkinan penjenayah pernah berada di situ.
āJadi kita mencari dan padanan cap jari di situ, namun siasatan ini masih terbuka dan kita melihat dariĀ semua sudut sama ada dari dalam atau luarĀ kawasan dan tidak mahu terlepas apa-apa kemungkinan,ā katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.