
Polis siasat kehilangan wanita, dipercayai mangsa culik
Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Amran Dolah berkata dalam kejadian pukul 5.10 petang itu, mangsa dipercayai dilarikan oleh empat suspek lelaki menggunakan sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna perak.
“Suspek juga dikatakan bersenjatakan pistol dan ketika kejadian kereta yang dipandu dilihat menghala ke Wakaf Bharu, Tumpat.
“Polis Tumpat mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian itu dan kes masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Amran berkata orang ramai yang terjumpa dengan kenderaan terbabit diminta memaklumkan segera kepada Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan menerusi talian 09-7450999 atau Gerakan Daerah 09-7257222 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat.
“Saya memohon kerjasama daripada orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis,” katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...