
Polis siasat gambar tular kertas undi ‘upload’ di media sosial
TELOK MAS 20 Nov – Polis menyiasat satu paparan di laman sosial berkaitan gambar kertas undi yang dipercayai dimuat naik menerusi laman sosial ketika proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pagi tadi.
Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali berkata, gambar yang memaparkan kertas undi yang dimuat naik menerusi media sosial adalah menjadi satu kesalahan.
Bagaimanapun katanya, beliau masih belum menerima maklumat lanjut sama ada kertas undi yang dimuat naik itu sudah dipangkah atau sebaliknya.
“Pasukan pemantau sosial media mengesan terdapat satu posting yang mengambil gambar kertas undi, ini menjadi satu kesalahan.
“Setakat ini laporan tengah dibuat dan kejadian didakwa berlaku di kawasan Bukit Katil, kira-kira jam 9.30 pagi tadi,” katanya ketika ditemui di ketika ditemui di Telok Mas, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI PRIHATIN NASIB ASNAF, INSTITUSI AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 6 Mac - Kebajikan asnaf dan institusi masjid serta surau dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara...
JAIM PANTAU ‘PORT’ KAKI PONTENG PUASA
AYER KEROH 6 Mac - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melakukan pemantauan di beberapa premis makanan yang dipercayai menjual makanan...
LEBIH RM145,000 SINARI RAMADAN DUN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 5 Mac - Sejumlah lebih RM145,000 disalurkan Kerajaan Negeri bagi menyampaikan sumbangan Ramadan di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
PROMOSI KEUNIKAN MELAKA DI BERLIN
AYER KEROH 5 Mac - Penyertaan Melaka dalam Internationale Tourismus-Börse (ITB) Berlin 2025 iaitu pameran berkaitan pelancongan dan perdagangan terbesar...
HOLIDAY INN MELAKA SANTUNI 30 ANAK YATIM BERBUKA PUASA
BANDARAYA MELAKA 5 Mac - Seramai 30 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (RAYSAS), Pantai...
ANAK LAMBAT BERCAKAP, ADAKAH ITU AUTISME?
Oleh: DR. ADAM AL ANAS BIN MAT ALI Pakar Kanak-kanak Putra Specialist Hospital, Melaka DALAM dunia keibubapaan, perkembangan bahasa anak...