
Polis siasat dakwaan pegawai imigresen dicederakan semasa jalani ujian kecergasan
IPOH, 12 Mac – Polis sedang menyiasat laporan seorang pegawai imigresen yang mendakwa dicederakan semasa menjalani ujian kecergasan pegawai dan anggota Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) di Depot Imigresen Sementara, Bidor.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada pegawai berkenaan pada kira-kira pukul 2 pagi Jumaat lepas.
Beliau berkata kejadian dikatakan berlaku pada pukul 9.30 pagi 9 Mac lepas iaitu hari terakhir ujian, apabila pengadu bersama dua pelatih diarah oleh seseorang yang dipercayai pegawai kanan jabatan berkenaan untuk melakukan hukuman tekan tubi sebanyak 20 kali.
“Suspek dikatakan memijak bahagian belakang leher pengadu sehingga tersungkur dan mengalami kecederaan di bahagian hidung, patah sebatang gigi hadapan, luka bahagian gusi dan bibir,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Yusri berkata pengadu telah mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam, Selangor, dan polis telah memanggil suspek serta semua yang terlibat dalam kejadian itu bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...