
Polis sahkan OKT mati dalam tahanan
KUALA LUMPUR, 21 Feb – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang lelaki warga tempatan mati mengejut dalam tahanan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, Johor Bharu kelmarin.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata lelaki yang merupakan Orang Kena Tahan (OKT) berusia 49 tahun, sebelum ini ditahan dalam satu Operasi Pemutihan.
“Dia telah disiasat di bawah Seksyen 39(A)(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan sedang menunggu sebutan semula kesnya pada 10 April depan,” katanya dalam kenyataan, malam ini.
Azri berkata OKT dihantar ke Hospital Sultan Ismail pada 16 Feb lepas kerana mengadu sesak nafas, sebelum didapati tidak sedarkan diri di lokap pada pukul 7 pagi semalam.
“Pihak koroner telah hadir dan mengesahkan kematian OKT dan mayatnya dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.
“OKT dalam masa sama disahkan positif COVID-19, namun punca kematian masih belum diketahui selain bergantung pada analisa laporan dan ujian makmal patologi,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan JIPS akan menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...